Saturday, February 09, 2013

Vietnam

Assalammualaikum,
Entri kali ini memaparkan percutian bersama sahabat sepejabat ke Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam. Kami berlima mengambil penerbangan Air Asia menuju ke Ho Chi Minh, masa diambil untuk sampai ke destinasi adalah selama 1 jam 50 minit. Kami telah mengambil cuti sehari ketika perayaan Thaipusam bulan Januari yg lepas (26 Januari 2013 - 29 Januari 2013).


Penerbangan ke Ho Chi Minh City














Setibanya di lapangan terbang Ho Chi Minh, kami tidak mengambil teksi di lapangan terbang kerana seorang kawan mengesyorkan kami menaiki bas kerana harga teksi akan dicaj sebanyak 200.000 dong manakala dengan menaiki bas hanya dikenakan sebanyak 5.000 dong seorang. Sekiranya 5 orang (5 x 5.000) bersamaan 25.000 dong, kami dapat berjimat sebanyak 175.000 dong. Hanya 2 orang ditambah 10.000 dong kerana kandungan beg didapati besar, menurut pemandu bas beg besar akan dicaj sebanyak 5.000 dong satu. Kami tidak kisah asalkan harganya masih murah dari menaiki teksi kerana kami berlima hanya bercuti sambil melawat negara orang, kami tidak membeli ataupun borong barang untuk perniagaan.


Harga Tiket bas di terminal menuju ke Ben Than













Perbezaan masa di antara Malaysia, Kuala Lumpur dengan Saigon, Vietnam adalah sejam sahaja, penerbangan kami dari Kuala Lumpur adalah jam 3.00 ptg dan kami tiba di Vietnam sekitar jam 4.00 petang waktu tempatan (Ho Chi Minh). Kami menaiki bas menuju ke pasar Ben Thant dimana terdapat ramai rakyat Malaysia disana bertujuan untuk membeli belah. Ketika dalam perjalanan, saya sempat merakamkan beberapa keping gambar ketika didalam bas. 



Imej dirakam ketika menuju ke hotel













Keberanian gadis ini melintas

Tiba di perhentian bas

























Melihat peta kedudukan Hotel













Melangkah menuju ke hotel penginapan














Perjalanan kami bermula apabila sesudah melintas, kami mencari hala tuju ke arah hotel penginapan kami. Kami melalui dihadapan 'Saigon Pink 2' dan dihadapan 'Basiroh', tempat untuk kami makan nanti. Hotel 'Saigon Pink 2' betul-betul terletak dihadapan kedai makan 'Basiroh', mudah untuk pergi ke kedai makanan halal kerana terletak dihadapannya sahaja.














Entri ini akan bersambung lagi....

0 comments: