Tuesday, October 27, 2009
Kawan
Kawan,
apakah yang anda erti mengenai kawan?
pengertian kawan sangat kompleks sepertimana adik beradik, kadangkala kita tidak memahami apakah itu kawan. disini penulis ingin menyampaikan pengertian kawan makan kawan, kerana perkara seperti ini kerap berlaku diantara kita semua. jarang sekali kita mempunyai kawan yang sering membantu atau boleh diharap.
kawan yang kerap kita temui selalunya akan menyebabkan kita terluka kelak, kerana masing-masing mempunyai agenda dan niat tertentu. kebiasaanya ia berlaku apabila salah seorang itu telah mencapai tahap pada sesuatu yang diinginkan, terjadi perkara seperti pertengkaran, tidak bersefahaman atau apa sahaja. bagi kawan yang mementingkan diri, ego dan apa jua kriteria, ia tidak akan mengalah dan hanya memikirkan dirinya sahaja walhal kejayaan, sokongan dan kekuatan yang dimilikinya diperoleh dari kawannya yang lain.
Inilah yang banyak berlaku dan terus berlaku kerana sifat manusia itu sendiri sentiasa tidak pernah menghargai, hanya mementingkan diri sendiri serta tidak mempedulikan perasaan orang lain. Tetapi, kepada umat islam, tuhan akan memberi balasan kepada manusia yang mementingkan diri. Mungkin sekarang ia berjaya diatas bantuan kawan, tetapi kelak dia akan merasai apa yang dihadapi oleh kawannya itu malahan mungkin lebih teruk.
Hindarilah sifat menganiaya kawan, ianya tidak memberikan faedah kerana apabila kita berkawan, kita akan berkongsi apa sahaja bersama kawan. Ada setengah-setengah perkara yang kira berkongsi bersama kawan, ada perkara yang kita memberikan sokongan kepada kawan dan pelbagai lagi.
Hargailah kawan selagi ia masih hidup. Tuhan akan memberikan balasan setimpal kepada sesiapa yang menganiaya kawannya. ;)
posted by donbatara @ 9:48 AM   0 comments
Wednesday, September 16, 2009
Eidul Fitri

Selamat menyambut hari lebaran kepada seluruh umat islam dimuka bumi ciptaan allah. Sama-sama kita sambutnya dengan penuh kesyukuran kepadaNya. Pohon ampun & maaf sekiranya ada terkasar bahasa secara langsung atau tidak.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
posted by donbatara @ 11:17 PM   0 comments
Friday, May 01, 2009
Fotografi

Cerita 3 dimensi, iaitu antara photographer, pengantin dan pelamin. Inilah gambar kami - dondiLLa.

Saya + teman wanita : bergambar bersama, kenangan terindah. Gambar diambil oleh Cik NorAdillah. Credit to her.

Gambar ini diambil ketika pengantin bersanding di Kuala Kangsar, Perak.
posted by donbatara @ 11:32 PM   1 comments
Tuesday, April 28, 2009
Ilmu
Bidang fotografi adalah suatu bidang dimana memerlukan kemahiran seni dan gabungan idea-idea bernas untuk mendapat hasil yang cantik, bermakna dan kepuasan. Aku telah didedahkan dengan unsur-unsur teknik fotografi sejak dari kecil sehingga sekarang, apa yang aku dapati pelbagai gambar yang dihasilkan sentiasa tidak memuaskan hatiku, jadi dengan itu aku akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jarang sekali aku berpuas hati dengan hasil-hasil yang diambil oleh diriku sendiri, sentiasa aku bandingkan dengan apa yang dihasilkan oleh pihak lain dan aku akan pelajari teknik yang dihasilkan dengan membuat eksperimen sendiri. Aku pernah gagal dan itu tidak beerti aku akan memberhentikan kajian, malah aku semakin berani menyahut cabaran untuk mencapai tahap yang lebih bagus.

Mungkin fotografi dianggap mudah dan senang, tapi untuk menghasilkan sesuatu seni sebenarnya bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Ilmu yang ada didada masih belum cukup untuk mendapatkan seni yang cantik, ianya harus disertakan dengan pengalaman yang dilalui, persekitaran dan pembelajaran dari hasil-hasil yang lepas seperti kesilapan yang pernah dilakukan. Ianya menjadi mudah apabila elemen-elemen yang diberikan tadi telah ada dalam diri masing-masing tetapi ada juga yang berbakat. Bakat terpendam dapat dihasilkan dengan baik kerana mempunyai unsur kemahuan yang mendalam. Kategori bakat terpendam terhad dan bukan semua orang dapat melakukannya dengan baik kerana orang yang berbakat sememangnya tahu apa perlu dilakukan pada situasi tertentu. Untuk yang baru mengenali dunia fotografi, anda dialu-alukan untuk berkongsi, belajar dan menerima nasihat agar sama-sama dapat mengasah bakat lebih baik lagi.

Ilmu didunia ini tidak terhad dan ianya sangat luas. Ilmu yang diperolehi umpama setitik ilmu dilautan yang luas, jika kita berkongsi ilmu bersama-sama insya Allah kita dapat menambah ilmu dari setitik menjadi lebih banyak.
posted by donbatara @ 2:46 PM   0 comments
Thursday, February 12, 2009
Israel
Israel, suatu nama yang tidak asing lagi. Lebih dikenali sebagai rejim zionis atau kaum yang bersifat kejam. Sejak dahulu lagi kaum israel sentiasa menimbulkan keadaan huru-hara dan diketahui oleh seluruh pelusuk dunia. Israel berkembang biak seperti terbiaknya sejenis binatang yang haram iaitu khinzir. Semakin hari kaum israel sentiasa bertambah dan berkembang.

Keturunan Israel ini menganggap bahawa kaum mereka adalah yang terbaik dari pelbagai golongan manusia dan lebih tinggi darjatnya dari kaum manusia yang lain. Mereka adalah keturunan pilihan tuhan dan pelbagai lagi. Kaum ini pernah ditindas suatu ketika dahulu dan kembali berkembang setelah kejatuhan Nazi. Mereka tidak serik melakukan keganasan malahan semakin hari semakin kuat kedudukan mereka dimata dunia. Dunia ini seolah-olah dikuasai oleh kaum mereka setelah menghadapi zaman kejatuhan suatu ketika dahulu.

Hari ini, dimerata-rata tempat semua manusia hanya dapat menunjukkan perasaan dengan melakukan perarakan, membawa sepanduk dan pelbagai lagi gelagat. Tetapi tindakan tetap tidak diambil terhadap rejim zionis ini. Mereka boleh membunuh dengan sesuka hati, kemudian menghentikan peperangan.

Rejim zionis berperang dengan Palestin kerana dikatakan terdapat puak pelampau yang menyerang mereka dan mereka hanya membalas serangan terhadap puak pelampau berkenaan. Mengapakah mereka perlu membedil seluruh tempat di Palestin untuk membalas serangan, bukankah mereka mempunyai kepelbagaian senjata dan kelengkapan yang canggih untuk mengesan penyerang hendap.

Rejim zionis melakukan serangan terhadap Palestin kerana mahu merampas segala hak orang lain. Itulah agenda utama rejim zionis melakukan serangan terhadap kaum palestin. Mereka menyerang kaum yang lemah dan tidak mempunyai senjata yang mampu membalas serangan dan dengan itu mudahlah mereka menawan bandar-bandar di kawasan palestin.

Apakah rasional kita terhadap rejim zionis ini? Adakah dengan hanya menulis ini mampu menyelamatkan saudara kita yang lain disana? Adakah dengan melihat dan hanya merasai kesedihan sahaja? Bagaimanakah kita mampu untuk membantu saudara-saudara yang tertindas disana?

Marilah kita sama-sama berdoa kepada yang Maha Esa agar memberikan petunjuk kepada rejim zionis yang begitu kejam dan moga tuhan memberikan pembalasan yang setimpal.

~penulis
posted by donbatara @ 5:55 AM   0 comments
Thursday, January 22, 2009
Kesan ekonomi
Pada tahun 2008, laporan dari media elektronik banyak menyatakan ekonomi negara ini stabil dan akan meningkat dari masa ke semasa, tetapi kesannya dapat dirasai pada tahun 2009. Melihat pada laporan akhbar tempatan, ramai pekerja diberhentikan kerana kesan ekonomi yang semakin teruk dan tidak stabil, harga barang meningkat dan kesan inflasi semakin besar. Apakah yang pemimpin kita sedang lakukan ketika ini?

Soalan berkenaan tidak menuju kepada 1 pihak sahaja, ianya merangkumi semua bermula dari akar sehingga pucuk. Adakah kerajaan sekarang ini giat memikirkan untuk pulihkan keadaan ekonomi?

10 tahun yang lepas, Malaysia telah dilanda kesan ekonomi yang serupa tetapi kerajaan tidak membiarkan perkara itu berlaku sewenang-wenangnya, bahkan mencari alternatif untuk keluar dari kesan ini. Penulis merasakan ketika itu pemimpin negara adalah seorang yang begitu bertanggungjawab bersama ahli-ahli dibawah naungannya. Perbezaannya ketika ini, pemimpin yang ada sekarang adalah seorang yang tidak agresif dah kurang aktif.

Sekiranya pemimpin yang ada sekarang ini berkongsi idea dan bekerjasama dengan bekas pemimpin yang pernah membawa kita keluar dari kesan ekonomi meleset, maka keadaan sekarang ini mungkin masih stabil dari keadaan yang berlaku ketika ini. Kesan yang sangat buruk ialah pekerja-pekerja terpaksa diberhentikan dari pekerjaan, mungkin akan timbul kesan lain pula iaitu kesan jenayah yang berleluasa. Apabila kesan jenayah semakin meluas, negara ini akan bertambah huru-hara dan projek kerajaan akan terbantut. Maksud penulis projek kerajaan yang terbantut ialah penarikan pelabur dari negara luar dan pelancong.

Sememangnya susah untuk memegang jawatan tertinggi sebagai Perdana Menteri, kerana jawatan ini sungguh berat tanggungjawabnya. Tidak semua orang mampu memegang jawatan ini dengan baik. Bagaimana Tun Dr Mahathir dapat menjawatnya selama 22 tahun? Beliau mempunyai keistimewaan memegang jawatan berkenaan kerana beliau sangat berkaliber dan sentiasa mengambil tahu keadaan semasa. Bukanlah penulis ingin memuji, tetapi karekter beliau telah menampakkan hasilnya, dan lihatlah perbezaan dengan sekarang. Apabila kita hidup didalam keadaan harmoni, senang, gembira kita tidak pernah menyedari yang kita berada ditahap paling atas, dan apabila kita berada ditahap di bawah, untuk mendaki semula memerlukan masa yang lama.

Sewaktu kita senang, kita lupa untuk masa hadapan dan tidak bersedia pun untuk masa hadapan walhal kita tahu kita akan kehadapan dan mencapai wawasan. Tetapi dalam mencapai wawasan, kita telah ditimpa pelbagai ujian getir dan halangan. Adakah wawasan kita akan menjadi kenyataan dek kerana kita terlalu leka dimasa lepas?

Tinggal 2 bulan untuk kerajaan kita mendapat seorang pemimpin baru, adakah beliau bakal merubah keadaan menjadi lebih efisyen atau lebih buruk dari sekarang? Penulis berharap, apabila pemimpin baru menjawat jawatan Perdana Menteri, lakukanlah perubahan dan kesannya dapat dirasai oleh segenap lapisan di Malaysia ini. Janganlah bersikap tamak haloba, mementingkan diri dan keluarga terdekat, kawan-kawan rapat atau hanya segelintir sahaja. Lakukanlah untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia, agar sama-sama mendapat manfaat dan kebaikan.

Penulis mungkin tidak mengetahui apa itu ekonomi, tetapi penulis ingin merayu agar pemimpin yang ada, bekerjasama untuk mengatasi masalah ekonomi yang dihadapi. Bagaimana kita laluinya pada 10 tahun lepas, lakukan sedemikian dan menambahbaik lagi dari dahulu. Kebaikan ini dapat menjamin negara ini agar terus aman dan damai.

Sekian terima kasih.
posted by donbatara @ 11:56 AM   0 comments
Thursday, November 06, 2008
Warkah buat Bakal Perdana Menteri
Assalamualaikum w.b.t.

Didoakan agar YAB Dato' Seri berada dalam keimanan dan ketaqwaan serta diberikan kesihatan yang baik untuk menjalankan tugas-tugas seharian.
Pada kesempatan ini, izinkan saya mengucapkan tahniah kepada YAB Dato' Seri kerana diberikan mandat untuk menjadi Presiden UMNO yang akan datang. Bagaimanapun, saya tidak mahu keterlaluan dalam ucapan dan pujian sehingga YAB Dato' Seri lupa amanah kepimpinan yang diletakkan di atas bahu YAB Dato' Seri.

Firman Allah s.w.t.: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya) - Surah al-Anfal, ayat 27.

Biarlah saya juga mengambil kesempatan ini untuk menggariskan beberapa perkara yang penting untuk dijadikan landasan YAB Dato' Seri memimpin parti dan negara nanti.

1. Terimalah kepimpinan sebagai beban, bukannya habuan. Jawatan presiden parti bukanlah satu rezeki, sebaliknya ia adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan Allah s.w.t. kelak. Beradalah di landasan perjuangan yang betul iaitu memartabatkan agama, bangsa dan negara. Insya-Allah ahli-ahli parti akan bersama-sama YAB Dato' Seri.

2. Rakyat meletakkan harapan yang cukup besar kepada YAB Dato' Seri. Usah hampakan mereka dengan mengutamakan kaum-kerabat dan orang-orang di sekeliling YAB Dato' Seri sahaja. Sebelum membuat sesuatu keputusan, fikirkanlah kesannya kepada rakyat.

3. Bersikal adillah dengan semua orang, sama ada mereka ahli parti atau tidak. Malah, Islam juga menuntut seorang pemimpin untuk adil dengan semua orang, termasuklah mereka yang berlainan bangsa dan agama. Berhati-hatilah dengan orang yang mengadu-domba.

4. Mendengarlah, terutama sekali kritikan kerana itu dapat memandu YAB Dato' Seri ke jalan yang lurus. Apabila YAB Dato' Seri menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri nanti, tentulah banyak pujian datang. Terimalah pujian sebagai rangsangan untuk bekerja dengan lebih gigih, namun pada masa yang sama usah ketepikan muhasabah yang diberikan.

5. Berikan perhatian kepada rakyat kebanyakan -- orang kampung, petani, nelayan, penjaja dan mereka yang setaraf dengannya. Mereka mungkin tidak mempunyai pas VIP dan tidak dapat menghampiri dan bersalaman dengan YAB Dato' Seri; namun mereka juga memerlukan perhatian YAB Dato' Seri.

6. Satukanlah parti UMNO. Bawalah semua kelompok untuk bersama-sama YAB Dato' Seri mengemudi perjuangan ini. Usah pupuk semangat berpuak-puak. Usah wujudkan team itu dan team ini. Sekiranya ada, runtuhkan tembok songsang itu.

7. Lakukanlah reformasi dalam parti. Banyak cadangan telah diberikan. Bacalah blog dan media massa. Dengarlah keluhan ahli akar umbi. Mereka mungkin tidak menjadi G7 dan tidak masuk ke Dewan Merdeka PWTC, namun idea mereka bernas. Laksanakanlah, sekiranya cadangan tersebut baik.

8. Sentiasalah berkomunikasi dengan ahli-ahli parti. Website YAB Dato' Seri menarik, cuma tidak cukup interaktif. Cuba contohi blog Che Det; saya percaya dengan cara itu YAB Dato' Seri dapat mendengar pandangan mereka secara langsung. Berikan peluang untuk mereka memberikan pendapat. Sekiranya baik, terimalah, walaupun yang memberikan pendapat itu hanya seseorang yang baru beberapa hari saya menyertai UMNO.

9. Hormatilah veteran parti. Mereka telah banyak berkorban. Usah tunjukkan sikap permusuhan. Sekiranya mereka menegur, dengarlah. Ucapkan terima kasih kerana mereka masih sudi memberikan nasihat kepada YAB Dato' Seri. Ajaklah mereka berbincang. Tentunya mereka ada kebijaksanaan yang boleh diraih oleh YAB Dato' Seri.

10. Dalam pemilihan yang sedang berlangsung sekarang, tentunya ada yang menang dan yang kalah. YAB Dato' Seri doronglah yang menang untuk gigih bekerja. Sementara itu, YAB Dato' Seri juga hendaklah mencari jalan bagi memberikan ruang kepada yang kalah untuk terus menyumbang kepada parti. Wujudkan suasana menang-menang dalam parti.

YAB Dato' Seri,

Cukuplah setakat ini warkah saya kepada YAB Dato' Seri. Semoga Allah s.w.t. memberikan kebaikan kepada YAB Dato' Seri sekeluarga di dunia dan akhirat. Mantapkan saf perjuangan seperti yang difirmankan Allah s.w.t.:

"Sesungguhnya Allah s.w.t. mengasihi orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka adalah sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (Surah as-Saff, ayat 4).

dipetik dari www.mykmu.net
posted by donbatara @ 6:55 AM   0 comments
About Me


Name: donbatara
Home: Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
About Me: hidup aku simple jer, bersyukur dengan nikmat tuhan.
See my complete profile

Previous Post
Archives
Links