Kawan, apakah yang anda erti mengenai kawan? pengertian kawan sangat kompleks sepertimana adik beradik, kadangkala kita tidak memahami apakah itu kawan. disini penulis ingin menyampaikan pengertian kawan makan kawan, kerana perkara seperti ini kerap berlaku diantara kita semua. jarang sekali kita mempunyai kawan yang sering membantu atau boleh diharap. kawan yang kerap kita temui selalunya akan menyebabkan kita terluka kelak, kerana masing-masing mempunyai agenda dan niat tertentu. kebiasaanya ia berlaku apabila salah seorang itu telah mencapai tahap pada sesuatu yang diinginkan, terjadi perkara seperti pertengkaran, tidak bersefahaman atau apa sahaja. bagi kawan yang mementingkan diri, ego dan apa jua kriteria, ia tidak akan mengalah dan hanya memikirkan dirinya sahaja walhal kejayaan, sokongan dan kekuatan yang dimilikinya diperoleh dari kawannya yang lain. Inilah yang banyak berlaku dan terus berlaku kerana sifat manusia itu sendiri sentiasa tidak pernah menghargai, hanya mementingkan diri sendiri serta tidak mempedulikan perasaan orang lain. Tetapi, kepada umat islam, tuhan akan memberi balasan kepada manusia yang mementingkan diri. Mungkin sekarang ia berjaya diatas bantuan kawan, tetapi kelak dia akan merasai apa yang dihadapi oleh kawannya itu malahan mungkin lebih teruk. Hindarilah sifat menganiaya kawan, ianya tidak memberikan faedah kerana apabila kita berkawan, kita akan berkongsi apa sahaja bersama kawan. Ada setengah-setengah perkara yang kira berkongsi bersama kawan, ada perkara yang kita memberikan sokongan kepada kawan dan pelbagai lagi. Hargailah kawan selagi ia masih hidup. Tuhan akan memberikan balasan setimpal kepada sesiapa yang menganiaya kawannya. ;)